PROGRAM JUN 2017:Bimbingan Kecemerlangan UPSR...Pencegahan Masalah Disiplin (Buli)...Minggu PPDa: Perlaksanaan Aktiviti Sambutan seperti Mewarna poster, kuis, menulis pantun dan sebagainya... Bimbingan Pelajar: Kekemasan Diri Dan Keselamatan Di Kantin

Pendidikan Selepas UPSR

Berikut ialah pilihan-pilihan yang pelajar boleh ambil selepas peperiksaan UPSR.

1. Pelajar yang mempunyai keputusan UPSR yang cermerlang boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh Layari 
Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Anda juga boleh memohon untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA
3. Maktab Tentera Diraja. Sila rujuk 
Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja untuk maklumat lanjut.
4. Sekolah Rancangan Khas ( sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR )
5. Sekolah Rancangan Khas Agama ( mesti mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR dan UPKK  sekolah agama )
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti SMKA Sharifah Rodziah & SMKA Sultan Muhammad ( 5A dalam UPSR dan cemerlang dalam UPKK sekolah agama )
7. Sekolah Menengah Harian Biasa

Jika anda tidak berjaya mendapat tempat di sekolah-sekolah terbaik, jangan risau belajarlah di sekolah harian biasa. Peluang untuk berjaya masih terbuka luas.

Anda masih boleh membuktikan kemampuan dan semangat untuk berjaya semasa peperiksaan PT3 dan SPM nanti.

Kegagalan mendapat tempat ke SBP atau MRSM bukan bermakna hidup kita gelap dan tidak bermakna peluang untuk anda berjaya sudah berakhir. Peperiksaan UPSR hanya sebagai laluan untuk mendapat tempat belajar yang terbaik. Peperiksaan yang penting adalah PT3 dan SPM.
Tempat belajar bukanlah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Walau di mana kita belajar, kita boleh berjaya dengan syarat kita rajin berusaha.



LAGU SEKOLAH